Sunday, 7 August 2011

Iftar . . .

Assalamualaikum . . .
Budaya berbuka bulan puasa . . .
Berbuka ataupun Iftar . . . cukup dinantikan oleh semua peringkat umur . . .
Hidangan yang hebat dan lazat yang dapat dijamah hanya pada bulan ramadhan menjadi kebanggaan . . .
Sungguh nikmat sekali . . .


hidangan yang pasti menjadi kegemaran

yang ini pasti membuatkan perut berkeroncong sebelum waktunya

Tapi pernahkah kita terfikir, apakah ibadah puasa yang dilaksanakan diterima oleh ALLAH s.w.t seperti perut kita menerima terjahan lauk-pauk yang mewah ini ??
Seringkali kita terlupa barangkali, saya juga kadang-kadang terlupa akan hal yang paling penting ini . . .
Penerimaan Allah . . . ! ! ! 
Apabila azan berkumandang . . . maka dengan lahaplah kita meneguk air dan menjamah nasi, kadang-kadang hingga terlupa untuk memulakan berbuka dengan sebiji kurma . . . mahupun doa makan . . .
Lauk pauk yang terhidang pelbagai jenis melenyapkan sunah Nabi Muhammad s.a.w . . .
Apakah bulan ramadhan itu suatu pesta makanan?

Belah dada tanyalah akal 
atau
Tepuk dada tanyalah iman

?????????

Sedangkan Nabi Muhamaad berbuka hanya dengan air putih dan beberapa biji kurma . . .
Mengapa kita tidak mampu ??? 
Ibu bapa pada hari ini ghairah membeli lauk pauk, tidak kurang juga yang memasak pelbagai jenis lauk mengikut setiap citarasa setiap ahli keluarga, sehinggakan terhidang lebih daripada yang perlu. 
Alasan yang paling klise 

"Bukan selalu pun ajar anak berpuasa, biarlah sebagai ganjaran untuk mereka"

Saya sebagai hamba Allah yang kerdil tidak mengatakan salah dalam hal ini, cuma tindakan para ibu bapa itu agak keterlaluan. Ibadah puasa mengajar kita untuk bersabar dan bersederhana. Malah mendidik kita agar menghargai nikmat ALLAH s.w.t . . .
Walaupun saya bukan seorang ibu, namun saya puteri tunggal yang bertanggungjawab dalam urusan berbuka serta bersahur adik dan abang. Situasi berbuka dengan pelbagai jenis lauk pauk yang banyak sudah menjadi tradisi sejak dulu lagi. Namun tahun ini, saya cuba melakukan sedikit demi sedikit perubahan . . . cuba menghadkan lauk pauk kepada 2 atau 3 jenis sahaja. Mungkin hanya kerana kami hanya bertiga tapi itu bukan masalah kerana apabila ibu dan adik menghadirkan diri beriftar atau bersahur bersama, cara yang sama tetap aku laksanakan cuma kuantiti lauknya bertambah bukan jenis lauknya. Alhamdulillah, pembaziran dapat diatasi serta perut tidak terlalu kenyang untuk ibadah seterusnya. Berbuka puasa juga merupakan ibadah. Permulaan ibadah bagi setiap hari baru dalam bulan ramadhan. Tidak salah jika berjenis-jenis lauk pauk dihidangkan dan tiada pembaziran yang berlaku, cukup dengan jumlah ahli. 
Namun akan lari sedikit matlamat berpuasa itu, puasa adalah untuk membersihkan dan memberi peluang kepada organ-organ yang terlibat dalam proses pencernaan berehat, bukan menyeksa mereka. Puasa juga adalah untuk memuhasabahkan diri dalam mensyukuri nikmat ALLAH s.w.t, sesungguhnya ramai lagi umat Islam lain yang diuji dengan kelaparan dan kesusahan. MasyaAllah mereka diberikan musibah namun hakikatnya mereka menerima nikmat pahala yang kita tidak tahu. Wallahualam. Sedangkan saat kita diberikan nikmat berbuka puasa dengan mewah, sehingga berlakunya pembaziran, jika tiada pembaziran Alhamdulillah, apatahlagi dengan kekenyangan yang dirasai membuatkan kita terlupa mensyukuri nikmat Allah itu, walaupun hanya sekadar mengucapkan 'Alhamdulillah'. Sudah pasti Allah yang memberikan Maha Memberi nikmat itu sedih dengan kekufuran kecil kita ini. Namun Allah tetap menyayangi kita dengan terus menerus mengurniakan nikmatnya setiap kali tiba waktunya berbuka puasa. Allahuakhbar, apakah ibadah berbuka kita perlu diisi dengan nikmat yang kita pilih bukan untuk mendapatkan pahala dan kebaikan.
SUNGGUH KASIH SAYANG ALLAH S.W.T ITU MELEBIHI KEBENCIANNYA PADA SETIAP HAMBANYA !!!
Berpada-padalah dalam berbuka, sungguh kita mengetahui apa yang zahirnya terbaik buat orang yang kita sayang, namun Allah lebih mengetahui apa yang zahir dan batinnya terbaik buat setiap hambaNYA

*sesungguhnya agak sukar untuk memasang niat dengan hati yang tulus melakukan sesuatu demi ALLAH s.w.t, berbanding dengan mengatakan dengan lidah . . . cara terbaik untuk mengikhlaskan niat kerana ALLAH ialah muhasabah diri sebelum melakukan sesuatu. 
~Mengapa aku berbuka puasa? Demi Allah aku berbuka kerana ibadahku hanya untukMU~
InsyaAllah, Wallahualam 

Nikmat dan Musibah

Dalam satu tempoh perjalanan hidup ini, sentiasa terjadi 2 perkara serentak . . .
Jika nikmat yang datang dahulu maka musibah itu menjadi pembakar semangat . . . . tapi mungkin jua sebaliknya . . .
Namun jika musibah itu datang dahulu maka rahmat itu terlindung cahayanya . . . tapi mungkin jua sebaliknya . . .
'menyesali takdir' bukan kesalahan tapi jika 'hanya' itu diselitkan, maka ia satu kesalahan besar . . . sesali apa yang berlaku disusuli muhasabah itu satu penghargaan yang besar bagi setiap ujian Allah s.a.w. . .
Disitulah bermulanya keteguhan IMAN . . .
Apabila manusia mula menganalisis setiap apa yang terjadi . . . bukan menyesalinya . . .

Musafir yang berani menentukan pengembaraanya berpandukan nikmat Allah
Tiada kegentaran dalam hati kerana Allah sentiasa disisinya . . .

Pembantu yang setia kadangkala memberi nasihat dalam perjalanan Tuannya . . .
Tiada rasa takut dalam hatinya kerana bukan semua menjadi tanggungjawabnya . . .

Pembesar yang punya kuasa hanya memberi arahan dalam kelompoknya . . .
Tidak perlu rasa gusar kerana dia punya pengikut yang ramai untuk melindunginya . . .

Orang yang  BERJAYA menentukan perjalanannya serta punya panduan yang kukuh . . .

Orang yang kadangkala BERJAYA dan kadangkala GAGAL membuat keputusan bukan matlamatnya . . .

Orang yang GAGAL percaya perjalanan itu miliknya . . . sedangkan dia hanya punya nikmat sementara . . .

Jadilah orang yang punya kekuatan untuk menentukan perjalananmu, percaya dan yakinlah pada Allah Setiapnya pasti diuji bukan hanya dengan nikmat malah musibah . Allah pasti mendatangkannya serentak. Percayalah !! Perhatikanlah !! Analisislah !! Gunakanlah akal mu untuk melihat segalanya yang menjadi panduanmu


*jika kamu ditimpa musibah , carilah kebaikannya maka kamu akan menemuinya, namun jika kamu menutup pintu hati, maka hijab pasti menyelubungi penglihatan mu nanti . . .

Saturday, 6 August 2011

Hijabmu bukan untuk dibuka . . . .

Maaf jika karya ini menyentuh hati sesiapa . . .
post yang pernah keluar di wall, lame dhulu. (facebook seorang budak perempuan sekolah rendah)
diringkaskan ayat-ayatnya,
'banyak lak friends yang letak profile pic 'yang membuka aurat'. saya takkan cari . . . tapi kalau jumpa saya akan remove terus.'
berani sungguh dia, aku lak yang terkedu . . . tiba2 tertarbiah juga la diri ini. tapi kalau kita yang dah boleh buat keputusan atau dalam kata lain, sudah matang meng'post' teguran seperti itu, cuma menggunakan bahasa yang lebih sesuai selaras dengan kematangan kita, rasanya sudah tentu kita akan di'fired'.

~mungkin ada yang kata ni tak open minded, tak modenlah, not up-to-date. . .
~mungkin juga tidak kurang yang memaki hamun,menegur kembali..kerana itu adalah HAK ASASI MANUSIA . . .


~NOT OPEN MINDED??
bagaimana seorang Islam perlu open minded? sedangkan Allah telah membuktikan betapa dia telah membuka minda dan akal manusia . . . menutup aurat, bukan 1 kekurangan, kolot mahupun tragis. Tapi ia menjaga bahagian organ paling penting.

1-kepala > menjaga dari sinar matahari yang mampu membuatkan sel-sel kanser aktif. 
2-wajah > melindungi wajah dari semakin gelap . . .(tak perlu nak membazirkan duit beli krim pencerah kulit).
3-kulit > merupakan organ yang terbesar . . .semestinya yang paling penting . . . kalau tutupkan manis . . .kelebihannya
a. tidak menghitam mahupun mengeringkan kulit anda, kan kamu semua suka pakai lotion . . . ???
b. hijabmu akan menutup pandangan lelaki berhidung macam 'zebra' yang mungkin mempunyai muslihat yang cukup besar . . . (kalau ramai lelaki minat,tapi hanya nak mempermainkan wat pe . . .? main2? syok ker? pastu putus cinta . . . salahkan takdir = salahkan Allah . . .padahal diri sendiri yang pilih)
~NOT MODERN/UP-TO-DATE . . . ???
Kenapalah kamu ni . . .Al-Quran > Firman Allah > Kata-kata Allah ++ As Sunnah > Perbuatan/Kata-kata Nabi Munhammad s.a.w = 1400 LEBIH MODERN + UP-TO-DATE . . . percaya tak?
pernah dengar wanita berBonggol2 unta? Tidakkan kamu hairan bagaimana  penemuan dalam sains mengenai zarah . . . tercatat di dalamnya! 
~ HAK ASASI MANUSIA??
Sebelum itu, dimana letaknya HAK ASASI ISLAM???

 RENUNG-RENUNGKANLAH DAN SELAMAT BERAMAL


~ayat paling klise 'kubur masing2,apa ko kesah'?
dan jawapan yang paling mantap . . . (dicopy, paste, reconstruct)
 -kalau kebetulan kubur ko sebelah kubur aku, tetiba ko menjerit2 panggil aku suh tolong ko, pergghh !!! . . . manalah tau aku pun tak lepas seksa kubur, nak pi tolong ko?kubur masing2 kot . . . macam ko cakaplah . . .  so aku nak tolong ko awal2 la nih' 

Ingatlah, apa penting dan besarnya kecantikan yang didedahkan?
Sedangkan tiada yang berkekalan . . .
Janganlah kita mengatakan kepada orang yang menegur sebagai berfikiran sempit, sedangkan kitalah yang berfikiran sempit. Menutup aurat bukanlah kesalahan, tapi membuka aurat adalah kesalahan besar. Aurat bukan sahaja terhad kepada pemakaian hijab, tapi pemakaian yang tidak ketat, jarang dan menonjol. Cubalah kita perbaiki, saya juga bukanlah hamba Allah s.w.t yang sempuna, masih punya kelemahan. Saya juga masih dalam proses mentarbiahkan diri, masih berusaha dalam menutup aurat. Kerana dulu saya pun seperti anda, bukan antara mereka yang menjaga aurat. Tapi sebuah perjalanan dimulakan dengan langkah pertama.
Tiada alasan tidak ingin memakai tudung kerana tidak mahu hipokrit. Adakah anda sudah tidak yakin akan Allah, pesuruhNYA dan agamanya,ISLAM. Apabila andai membuka aurat,anda bukan berusaha untuk tidak hipokrit tapi anada berusaha untuk meng'hipokritkan' diri anda  pada ALLAH dan ISLAM !!

Yang menutup aurat tidak mustahil berada di neraka, tapi yang pasti hanya yang menutup aurat yang berada si dyurga
Yang berada di neraka pastinya melakukan dosa . . . tapi bukan semua yg melakukan amal syurga tempatnya . . . 

Thursday, 14 July 2011

Kekesalan Aisyah r.a atas kesilapan Ijtihadnya

Aisyah merupakan isteri yang paling disayangi oleh pesuruh Allah, Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan Ummul Mukminin iaitu ibu seluruh orang Islam. Beliau merupakan tempat rujukan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Banyak kelebihan beliau yang membuatkan Nabi Muhammad menyayangi beliau. Namum,tiada manusia yang sempurna dan pasti akan melakukan kesilapan. Begitulah juga dengan Aisyah r.a. Aisyah pernah mengetuai angkatan perang bersama Talhah dan Zubair dalam memerangi Saidina Ali r.a yang ketika itu menjadi khalifah Khulafa Arrasyidin yang keempat setelah kematian Saidina Ustman r.a. Peperangan ini dinamakan Peperangan Jamal. Peperangan ini adalah tragedi yang menyayat hati dalam sejarah Islam. Hari berlakunya perang yang terburuk yang pernah menjadi saksi dalam persaudaraan orang Islam ketika itu. Rasa kasih dan sayang pada saudara-mara terpaksa diketepikan kerana perbezaan politik. Sesungguhnya peperangan ini dicetuskan oleh orang yahudi munafik yang berhati busuk. Peperangan ini tercetus setelah kematian Khalifah yang ketiga iaitu Saidina Utsman r.a. Aisyah r.a. bersama Talhah dan Zubair ingin mencari pembunuh Utsman untuk menjernihkan kembali persaudaraan Islam. Mereka inilah yang menentang Al-Quran dan sunnah. Manakala di pihak Saidina Ali r.a, Ustman bin Hanif pula berdalih. Beliaulah yang menjadi pencetus peperangan bagi pihak Saidina Ali. Akhirnya peperangan terjadi dan berakhir apabila unta tunggangan Aisyah dilumpuhkan. Maka Aisyah r.a dihantar oleh Muhammad bin Abu Bakar ke Basrah. Sementara itu Saidina Ali menyediakan bekalan dan haiwan tunggangan untuk Aisyah r.a. Aisyah dihantar pulang ke Mekah sambil diiringi oleh Ali.

Sesungguhnya Aisyah dan Ali itu berperang bukanlah kerana keinginan mereka tapi kerana ingin menegakkan syiar Islam dan menjernihkan kekalutan. Namun fitnah yang dilemparkan oleh kaum musyrik membuatkan api peperangan tentera antara kedua belah pihak menyala tanpa arahan ketua mereka. Betapa hebatnya api fitnah yang mampu membuatkan tali persaudaraan antara orang-orang Islam tergugat. Aisyah r.a. menghabiskan sisa hidupnya menyesali atas keputusannya dalam memerangi Ali,menantunya sendiri iaitu suami kepada Fatimah anak pada Rasulullah. Aisyah r.a berpendapat bahawa dia tersalah memilih kaedah dalam memulihkan keadaan masyarakat pada masa itu. Semasa beliau hampir saja meninggal dunia, Aisyah pernah berkata

"Andai sahaja saya tidak diciptakan di atas muka bumi ini. Andai sahaja saya sebatang pohon yang bertasbih kepada Allah dan melaksanakan semua kewajipannya."

Dalam ath-Thabaqat al Kubra karya Ibnu Sa'ad dikisahkan Aisyah pernah berkata
Andai sahaja saya sebatang pohon. Andai sahaja saya segumpal tanah liat. Andai sahaja saya seketul batu."

Aisyah r.a pernah meninggalkan wasiat supaya beliau sendiri tidak dikebumikan bersama Nabi Muhammad s.a.w. Beliau meminta dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Baqi' bersama-sama isteri Nabi Muhammad yang lain. Bukhari mencatatkan kisah ini, "Aisyah berwasiat kepada Abdullah bin Zubair, "Janganlah kuburkan saya bersama mereka (kubur Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab). Kuburkan saya di Baqi' bersama sahabat-sahabatku. Saya sama sekali tidak layak mendapat kehormatan itu." Begitulah sekali kekesalan Aisyah r.a walaupun Aisyah pernah berkeinginan supaya beliau diekebumikan disisi suami tercinta, Nabi Muhammad dan ayahnya, Abu Bakar.
Mengikut catatan Bukhari, "Aisyah kemudian berkata, Setelah Nabi Muhammad meninggal dunia, saya sudah melakukan perkara baru (yang bertentangan dengan sunnagnya). Jadi, kuburkanlah saya di Baqi'."

Setiapkali Aisyah membaca ayat 33, surah Al-Ahzaab, "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu . . .", beliau akan menangis teresak-esak hingga basah kain tudungnya. Walaupun beliau mendapat didikan dan asuhan secara langsung dari suami tercinta, Nabi Muhammad s.a.w, namun dia masih tidak terlepas dalam melakukan kesalahan. Tiada manusia yang semaksum para nabi. Beliau tetap menjadi contoh bagi umat Islam khususnya wanita. Beliau tetap teguh dan tegas dalam menegakkan agama Allah. Dalam kisahnya melalui Perang Jamal ini, saya dapat satu pengajaran, wanita itu hebat. Namun sehebat mana dan seluas mana pun penegtahuannya, wanita perlu diberi pertimbangan dalam memimpin sesuatu kuasa yang besar kerana sifat wanita itu lemah dan fitnah. Wanita itu tidak dinafikan dalam arus politik serta haknya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Wanita boleh menjadi pemimpin tapi bukanlah dalam sesuatu hal yang boleh menimbulkan fitnah dan yang merangkumi hal yang besar. Aisyah merupakan wanita yang patut dicontohi sifatnya dalam menegakkan Islam.

Monday, 4 July 2011

Aku Ingin MencintaiMU Setulusnya


Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri

Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena

Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakanMU

Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMUu
Aku ingin mencintaiMU setulusnya,

Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa 
Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU selamanya
Sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMU ya Rabbi





EDCOUSTIC

Tuesday, 28 June 2011

Adab-adab Tidur

 Sesungguhnya kita adalah makhluk Allah yang perlukan rehat yang secukupnya. Oleh itu telah dijadikan malam untuk beristirehat manakala siang untuk mencari rezeki. Rehat yang secukupnya membantu menormalkan kembali keadaan dalaman tubuh badan. Rehat yang cukup juga membantu tubuh badan serta fikiran menjadi lebih segar sesudah bangun dari tidur. Oleh itu, marilah kita sama-sam berkongsi amalan-amalan serta sifat tidur Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w nabi junjungan kita semua.
Adab-adab tidur
1. Jadikan tidur sebagai ibadah
~Allah s.w.t berfirman
“Dan kami jadikan tidurmu untuk rehat”
(An Naba’ : 9)

2. Larangan tidur selepas subuh
Waktu subuh ialah waktu pembahagian rezaki.

3. Tidur di awal malam
Rasullullah tidur di awal malam dan bangun satu pertiga malam

4. Makruh tidur sebelum Isya’ dan bercakap setelahnya

5. Menutup pintu, mematikan api dan lampu

6. Menutup tempat makanan dan minuman

7. Berwudhuk

8. Mengibas tempat tidur

9. Solat witir sebelum tidur

10. Dilarangan tidur dalam satu selimut sesama jantina

11. Jangan tidur di atas rumah yang tiada penghalang atau penutup

12. Menjaga aurat ketika tidur

13. Tidur dengan berbaring ke sisi kanan

14. Makruh tidur dengan meniarap

15. Dilarang meletakkan kaki di atas kaki yang lain

16. Membaca ayat Al-Quran ketika tidur
a. membaca ayat kursi
b. membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
c. membaca dua ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah
d. membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajadah

17. Membaca doa sebelum tidur
"Ya Allah, dengan menyebut namaMU aku mati dan hidup"

18. Apa yang harus dilakukan jika bermimpi
a. Apabila bermimpi baik maka hendaklah memuji Allah dan menceritakannya kepada orang  yang menyukai
b. Jika bermimpi buruk, maka hendaklah memohon perlindungan dari Allah dan kemudian meludah ke kiri sebanyak 3 kali dan berpindah tempat tidur,solat 2 rakaat dan janganlah pula menceritakan kepada sesiapapun

19. Bermimpi basah
Maka wajib baginya mandi 

20. Berdoa ketika membalikkan tubuh ketika tidur malam

21. Doa ketika bangun tidur

22. Perkara-perkara yang dilakukan ketika bangun dari tidur
 a. mengusap bekas tidur yang ada diwajahnya mahupun di tangannya
b. membersihkan mulut dengan bersiwak
c. beristintsar iaitu mengeluarkan atau menyempurnakan air dari hidungnya sesudah menghirupnya.
d. mencuci tangan tiga kali

Monday, 27 June 2011

PadaMU Ku Bersujud

Ku menatap dalam gelap
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah


Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah



Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Sunday, 26 June 2011

Jangan Mencaci . . .

Jangan mencaci Demam

Jabir melaporkan , Rasulullah masuk berjumpa Ummu Saib atau Ummu Musayyab.
Baginda bertanya, "Mengapa puan menggigil, wahai Ummu Saib?". 
Lalu jawab Ummu Saib, "Demam. Semoga Allah tidak memberi kebaikan kepadanya!"
Rasulullah pun berkata, "Puan jangan mencaci demam kerana demam dapat menghapuskan kesalahan manusia,sama seperti relau dapat menghilangkan karat besi.
~Direkodkan oleh Muslim~


Jangan mencaci Angin

Abu Munzir, nama sebenarnya ialah Ubai bin Kaab melaporkan,
Rasulullah pernah berkata, "Saudara-saudara jangan memaki angin. Apabila saudara melihat perkara yang saudara tidak senangi, berdoalah, "Ya Allah! Kami memohon perkara baik daripada angin ini, apa yang ada padanya dan apa yang diperintahkan kepadanya. Dan kami mohon berlindung denganmu daripada perkara buruk daripada angin ini,apa yang ada padanya dan apa yang diperintahkan kepadanya."
~Direkodkan oleh Tirmizi

 

Abu Hurairah melaporkan, "Saya mendengar Rasulullah berkata,'Angin berasal daripada rahmat kasihan belas Allah s.w.t. Kadang-kadang ia datang membawa rahmat, kadang-kadang ia datang membawa seksaan, kadang-kadang ia datang membawa seksaan. Mintalah pada Allah perkara yang baik yang ada padanya, dan mintalah perlindungan Allah daripada perkara buruk yang ada padanya."
~Direkodkan oleh Abu Daud


Aisyah melaporkan,katanya " Biasanya apabila angin bertiup, Nabi Muhammad s.a.w, 'Ya Allah!aku memohon perkara yang baik daripada angin ini,perkara yang baik yang ada padanya dan perkara baik yang dikirimkan kepadanya. Ya Allah, aku mohon berlindung denganmu daripada perkara buruk daripada angin ini, apa yang ada padanya dan apa yang dikirimkan kepadanya.


Jangan Mencaci Ayam

Zaid bin Khalid al Juhani melaporkan katanya, Rasulullah pernah berkata, "Saudara-saudara jangan mencaci ayam jantan kerana ia mengejutkan orang supaya bangun sembahyang."
~Direkodkan oleh Abu Daud

  

~rujukan : Hidup Diredhai Tuhan

Saturday, 25 June 2011

Aisyah Ummul Mukminin~Wanita yang patut Dicontoh

Aisyah r.a meninggalkan suatu jasa yang besar kepada kaum wanita. Beliau membuktikan bahawasanya hijab itu bukanlah satu halangan bagi kaum wanita Islam dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka baik dalam bidang dakwah, pendidikan, mahupun dalam bidang sosial serta politik. Ini adalah pemberian Aisyah r.a yang paling besar dan mahal nilainya kepada kita kaum wanita.

Sesungguhnya, kehidupan Aisyah r.a adalah contoh yang paling sempurna dan bukti betapa indahnya Islam dalam memertabatkan kehormatan wanita. Syariat Islam sememangnya meletakkan kedudukan wanita di tempat yang tinggi. Islam memulakan proses memartabatkan wanita dari puncak tertinggi yang pernah dicapai oleh tamadun lain. Kaum wanita dalam Islam seperti Khadijah isteri baginda, Nabi Muhammad s.a.w dan Asiyah isteri Firaun mendapat status yang tidak pernah diimpikan. 

Aisyah r.a juga menjadi tempat para wanita selalu menyampaikan masalah mereka  dan melaluinya jugalah masalah itu akan disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika mereka ditindas ataupun diaiaya Aisyahlah tempat mereka mengadu isi hati. Satu sifat terpuji  Aisyah r.a ialah beliau selalu membela, membantu dan memperjuangkan hak-hak mereka pada setiap kesempatan. Namun, beliau tidak pernah meminta yang lebih seperti wanita Islam pada zaman kini yang semakin taksub meminta hak kesamarataan dengan membandingkan diri mereka dan para lelaki di luar sana. 

Wahai wanita-wanita yang kini sudah taksub dengan ideologi barat yang memperjuangkan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita, bertaubatlah! Sesungguhnya kita adalah wanita yang datangnya dari tulang rusuk lelaki saat dia sedang tidur. Kita adalah tulang belakang para lelaki. Kita mampu mengongcangkan dunia hanya dengan tangan yang mengayunkan buaian itu. Tapi tidak perlulah sehingga mahu setanding dengan lelaki kerana berjayanya seorang pemimpin itu datangnya dari restu seorang ibu yang bernama wanita. 

Mungkin sahabat pernah terbaca nukilan yang di 'share' melalui facebook. Cerita mengenai pertanyaan seorang kafir mengenai hak wanita Islam dalam bersalam dengan bukan muhrim. Kisahnya yang masih saya ingat dan diolah mengikut peringatan saya ialah apabila seorang bukan Islam yang bertanya pada seorang lelaki Islam mengenai larangan seorang wanita Islam dalam berjabat  tangan dengan lelaki. Maka disoalnya lelaki Islam itu "Adakah kamu pernah bersalam dengan Ratu Elizebeth kamu?" dan lelaki kafir itu menjawab,"Tidak, kerana dia seorang Permaisuri dan kedudukannya amat tinggi.". Maka dijawab oleh lelaki Islam itu, "Begitulah kedudukan wanita-wanita kami, mereka bahkan lebih tinggi kedudukannya sehingga mereka tidak boleh bersentuhan dengan bukan muhrim".

MasyaAllah, Allah yang Maha Agung, betapa tingginya kedudukan kita sebagai para wanita Islam. Di mana Allah telah menunjukkan kita serta memberi contoh yang terbaik serta hebat iaitu Aisyah r.a seorang. Bersyukurkah kerana kita dikurniakan sebagai seorang wanita kerana dengan hanya empat perkara syurga menanti kita...

sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."


Friday, 24 June 2011

Aisyah Ummul Mukminin~Keanggunan Sejati

Aisyah dikenali dengan panggilan Ummul Mukminin, yang bererti ibu bagi seluruh orang Mukmin. Selain itu beliau juga digelar Ummu Abdillah iaitu ibu saudara Abdullah. Ada kisah yang menyebut nama timangannya adalah Humaira, yang bererti kemerah-merahan. Namun tiada bukti yang sahih menjelaskan perkara tersebut. 
Nabi Muhammad s.a.w pula lebih gemar memanggilnya dengan panggilan Bintus Siddiq bererti anak gadis lelaki yang berkata benar. Lelaki yang berkata benar itu merujuk kepada Abu Bakar As-Siddiq. Nama sebenar beliau ialah Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq bin Abu Quhafah bin Amir bin Umar. 
Terdapat beberapa peristiwa yang dijadikan panduan dalam mencari tahun kelahiran Aisyah. Aisyah r.a dilahirkan dalam bulan Syawal tahun kesembilan sebelum Hijrah iaitu penghujung tahun kelima selepas Nabi Muhammad s.a.w menjadi rasul. Aisyah lahir empat atau lima tahun selepas Nabi Muhammad s.a.w menjadi rasul.
Tanda-tanda kecerdasan Aisyah jelas kelihatan semenjak kecil lagi. Ia dapat dilihar dari tutur bahasa serta tingkahlakunya. Sejak kecil lagi beliau sudah mula menampakkan sifat-sifat yang terpuji serta kepintaran akal.
Seperti kanak-kanak yang lain, beliau juga gemar bermain bersama-sama rakan-rakannya yang datang ke rumahnya. Tetapi beliau amat menjaga perlakuannya terutama apabila Nabi Muhammad s.a.w mengunjunginya, beliau akan segera mengemas barang mainannya. Dalam masa yang sama kawan-kawannya juga akan menghilang. Namun sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w yang sayangkan kanak-kanak, memanggil dan menyuruh mereka bermain kembali.
Aisyah menunjukkan kecerdikan serta pengetahuannya berkenaan agama walaupun beliau masih muda. Jika kanak-kanak sebayanya sudah tentu tidak menghiraukan keadaan sekeliling mereka. Tetapi Aisyah bukanlah kanak-kanak biasa, beliau mempunyai daya ingatan yang tajam dan kuat serta peka.
Keistimewaan Aisyah r.a ialah beliau dapat mengingati hadis-hadis yang pernah disebut Nabi Muhammad s.a.w dan memahami setiap darinya serta mampu menerangkan perbuatan atau perkataan beliau dengan terperinci. Aisyah r.a juga mampu menjelaskan rahsia di sebalik peristiwa yang dialaminya semasa beliau masih kecil. Lebih menakjubkan, Aisyah r.a mampu menghafal ayat Quran walaupun beliau hanya mendengar bacaan itu sepintas lalu iaitu ketika beliau sedang bermain.
Semasa Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, Aisyah r.a baru berusia lapan tahun. Walaupun demikian, beliau dapat mengingati serta memahami semua rahsia hijrah itu secara terperinci. Kata-kata Aisyah r.a berkenaan peristiwa hijrah ada tertulis di dalam buku Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Betapa hebatnya kuasa Maha Pencipta yang mencipta makhluk manusia bernama Aisyah r.a yang penuh dengan kelebihan yang patut dicontohi oleh wanita-wanita Islam. Sejak dari kecil lagi beliau telah menunjukkan kemuliaannya. Semoga kisah Ummul Mukminin ini dapat dicontohi oleh wanita-wanita Islam di luar sana.Semoga dengan sedikit mukadimah mengenai Aisyah r.a ini mampu memberikan kita semangat untuk lebih mengenali ibu bagi seluruh orang mukmin.
Wallahualam. Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan ilmunya, dan yang kurang atau salah itu adalah milik saya hambanya kurang ilmunya.

Bergaduh Melebihi Tiga Hari

Assalamualaikum....

Pergaduhan dalam persahabatan sering terjadi kerana kita semua dilahirkan berbeza dan mempunyai pemikiran dan tingkahlaku yang berlainan.
Kita sering mendengar perbualan seperti ini :

"Kau gaduh ngan dia ke? dah berapa hari? Kau tau tak kalau kau gaduh pastu tak bercakap dengan dia lebih tiga hari dosa tau"..dan mula la kita cuak. Betulkan?

Bergaduh sehingga tidak bercakap ketika bertemu merupakan suatu kesalahan. Nak tau kenapa? ? ?

Perkara sebegini sering berlaku dalam kalangan wanita bukan? Sememangnya wanita ini dikurniakan dengan perasaan sensitif yang amat tinggi. Mereka berhati lembut di mana mereka terlalu mudah tersentuh hati. Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan wanita untuk memulaukan temannya dan berdiam diri atau bertengkar dalam jangka waktu yang lama tanpa tujuan dan niat yang jelas serta ada juga yang bertujuan untuk membalas dendam serta menunjukkan kesombongannya. 

Sebelum ini saya ada menulis tentang 'Menghindari Bersendirian' dimana kita disuruh berjemaah atau bersatu. Sikap seperti ini merupakan muslihat Iblis Laknatullah yang sengaja ingin memutuskan dan menimbulkan pertikaian di antara saudara Islam itu sendiri.

Maka hukum dalam Islam  terhadap perkara ini amat jelas dan tegas sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a dengan hadis marfu' :

"Tidak dihalalkan bagi seseorang muslim mengasingkan saudaranya lebih daripada tiga hari, maka barangsiapa yang mengasingkannya lebih dari tiga hari lalu dia mati, maka dia akan masuk ke neraka.

Diriwayatkan pula daripada Abu Khurasy Al-Aslami r.a secara marfu', 

"Barangsiapa yang mengasingkan saudaranya selama satu tahun maka dia seperti menumpahkan darah"

Juga diriwayatkan oleh Abu Ayyub secara marfu :

"Tidak dihalalkan bagi seseorang lelaki yang mengasingkan saudaranya lebih dari tiga malam ketika mereka saling bertemu, salah seorang memaparkan yang ini dan yang lain mamaparkan itu. Sebaik-baik perbuatan bagi keduanya adalah dengan memberi salam.

Di antara pengaruh terputusnya hubungan di anatara sesama muslim ialah :
1. Dijauhkan daripada keampunan Allah s.w.t.
2. Syaitan bergembira dengan terputusnya hubungan itu.
3. Terjadinya pertikaian. iri hati dan dengki.
4. Menimbulkan ghibah dan aduan.
5. Timbul ketidaktaqwaan dirinya kepada ALLAH s.w.t.

rujukan ~ 290 Nasihat untuk Muslimah

*Aku?? Bukan baik sangat pun. Sekarang ni pun masa tengah menulis ni, aku agak ada lah tiga orang terasa dengan aku. Yang sorang tu kompem ramai yang tau aku tengah angin dengan dia. Bila baca buku memang terasa atas muka gak la. Nak minta maaf ke tak? Erm...sebenarnya aku da minta maaf openly kat FB. Tapi tak tenang sebab tak mintak maaf sendiri atau biarkan sebab aku bukan fikir sangat pun........macam mana yer???

Thursday, 23 June 2011

Naskah Buat Imamku

Assalamualaikum . . .

pertama sekali mesti la nak yang .......................


berkerjaya

hidup zaman sekarang ni memerlukan banyak duit.bukan bermakna kami ni wanita materialistik.
kami wanita berfikiran jauh. bayangkan kalau dah kawen nak beli rumah lagi, nak bayar kereta lagi. bila da dapat anak lagi lah..susu?makanan?pakaian?upah pengasuh? belanja rumah.
tapi awak jangan risau saya akan tolong awak. saya pun kerja jugakkan?nanti kita kongsi la apa yang patut. rumahtanggakan suatu perkongsian. cuma saya nak awak berkerja...

kedua ialah .................................

kalau lah awak selalu tolong saya macam nih...ringan la sikit beban saya..
sekali-sekala teringin jugak saya merasa masakan awak.
awak jangan risau saya takkan komen pun...
jika masakan awak masin....saya akan senyum jer
sebab saya lebih rela masin daripada awak memberi HEMPEDU yang pahit.

yang paling penting.............................................

awak mestilah beriman...sebab saya nak awak menjadi IMAM di mahligai kita nanti.
saya nak awak bimbing saya.perbaiki diri saya...saya ni lemah.saya perlukan awak untuk sama-sama membina keluarga yang berlandaskan ISLAM. saya tidak kisah siapa awak..yang penting awak mampu untuk membimbing saya. Ini adalah ciri-ciri pertama yang saya akan cari dalam diri awak.Ingat tau!!


selain itu.........................................


bagi saya ini pun penting.sebab saya ni bukanlah sempurna.saya ada kekurangan.saya harap awak akan terima kekurangan saya ni dengan penuh sabar.kita kan nak hidup bersama sehingga Allah memanggil.saya minta awak bersabar bila....
1.sabar ye sayang bila saya mula berleter,
2.sabar ye sayang kalau rumah kita bersepah bila saya terlalu sibuk dengan kerjaya saya,
3. sabar ye sayang kalau saya buat awak tersinggung....jangan lupa maafkan saya sebab KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN AWAK
4.sabar ye sayang bila saya tak sempat nak melayan awak bila kita dah ada anak-anak nanti
5.sabar ye sayang jika suatu hari nanti saya mulai lupa terhadap awak....mungkin saya mula nyanyuk..tapi ingatlah cinta saya pada awak takkan pernah luput.Semoga Allah menyatukan kita kembali di SYURGA
6.sabar ye sayang,jangan terlalu lama menangis jika saya pergi dulu...cinta kita takkan pernah hilang..benih cinta kita ialah bukti anak-anak yang soleh dan solehah yang kita sama-sama didik..

yang ni pun mestilah...........................................................



awak mestilah tenang...nak tau kenapa??
1.sebab saya ni kan mudah marah-marah...bila pandang muka awak yang tenang tu,mesti saya malukan?tak jadilah nak marah-marah....nakal la saya ni kan?
2.bila saya balik kerja mestilah stresskan?kalau awak tenang,mestilah saya semangat nak balik rumah cepat-cepat sebab saya nak pandang muka awak.
3.yang paling penting..bila rumahtangga kita goyah...ketenangan awak sebagai ketua rumah akan memberi cahaya kepada saya dan bakal anak-anak kita kekuatan.
4.paling penting,jika saya yang pergi dulu,saya berharap wajah awak yang tenang itu mengiringi pemergian saya dengan penuh ketenangan


cukuplah tu...saya taknak lebih-lebih..sebab saya pun tahu awak juga manusia biasa...
Allah kan kurniakan awak dan saya dengan kelemahan dan kelebihan masing-masing...
jadi apa yang kurang tu sama-samalah kita tampung dengan segala kelebihan yang kita ada sebaik mungkin.
Hidup saling melengkapi itu adalah lebih baik kerana kita akan saling memerlukan. Syurga wanita itu terletak di bawah tapak kaki suaminya....
Manakala hidup penuh dengan kelebihan tanpa kekurangan terlalu cukup untuk membina perasaan ego dan sifat bersaing antara satu sama lain. Di mana akan timbul hak kesamarataan antara lelaki dan wanita....

nasihat dan kata-kata dari seseorang yang ingin saya kongsikan bersama....
 *untuk mendapatkan pasangan yang baik...kita perlu menjadi baik, terimalah pilihan orang baik-baik serta berkawanlah dengan orang yang baik-baik. sebelum itu,perlengkapkanlah diri kita untuk pasangan kita bukannya mengharapkan pasangan yang baik sedangkan kita..............

Wallahualam.......

Potong Kuku ketika Haid

Assalamualaikum ....

Isu ini sering kita dengarkan?
Erm..macam aku ni, tak kesah la masa tu haid ke suci ke aku tetap potong kuku..
nak tau kenapa? sebab masa sekolah menengah dulu aku pernah tanya ustazah. soalan dia lebih kurang macam ni la
aku : "Ustazah, kalau kita potong kuku masa datang haid berdosa tak?"
ustazah : "Apa perbuatan yang tak leh buat masa datang haid yang awak belajar?" ambik kau..ustazah soal balik...

Apa rasa-rasanya jawapan korang?

Dari apa yang aku belajar masa sekolah menengah dulu ...
1.Tak sah puasa
2.Tak sah solat
3.Haram bersetubuh
4.tak boleh sentuh Al-Quran

tak ada pula terlintas yang mengharamkan potong kuku...

Jadi aku buat la research ...kat dalam internet.ni salah satu yang aku jumpa
~haid~

Selain itu, aku cuba tengok-tengok video daripada penceramah yang dikenali ramai
~Potong Kuku Semasa Haid - Ustaz Azhar Idrus~

Jadi...kesimpulannya, potong kuku itu bukan HARAM cuma makruh jika kita berpegang pada ulama' yang mengatakan makruh dan boleh kerana tiada nas yang sahih

Wallahualam...

Yang baik itu datangnya darinya dari Allah pemilik segala ilmu..dan yang kurang itu adalah aku..

Muzik & Lagu

Assalamualaikum . . .

aku bukanlah insan yang sempurna, namun dengan sedikit ilmu hasil pembacaanku, ingin sekali aku berkongsi dengan kalian.

~Zikir & Doa Penangkal Gangguan Jin & Syaitan (Jamaluddin Ibrahim Mydin)

Dari buku ini...aku membaca satu bahagian di mana aku ingin berkongsi.
Tajuknya : Berhenti Mendengar Muzik dan Lagu.
~ petikan : 
Muzik dan lagu-lagu adalah seruling syaitan yang melalaikan manusia daripada menngingati atau berzikir kepada Allah s.w.t. Muzik dan lagu-lagu adalah "permainan" dan azimatnya iblis. Jika kita mahu memerhatikan keadaan orang-orang yang terkena gangguan jin, kebanyakan mereka tenggelam dalam kemiskinan ini.

Namun aku pasti,korang semua termasuklah aku sendiri tergolong dalam golongan yang suka dengar lagukan? 
Tapi aku hanya suka lagu-lagu semangat dan ketuhanan (Maher Zain) . Tapi takdelah sampai aku nak dengar lepas tu sampai hafal-hafal. Aku just dengar pun sekadar nak bagi naik semangat dan bagi keinsafan kat aku yang banyak buat dosa nih. Papepun alasan aku...aku tetap dengar lagukan? tula,aku bukannya sempurna sangat pun. Lagipun,bagi aku dengan berlambaknya lagu-lagu kat radio atau kat mana-mana la pun membuatkan agak susah untuk kita semua melarikan diri dari dengar lagu-lagu kan?
Apalah jalan penyelesaian ek?

Tapi hari tu,aku ada dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam youtube ustaz azhar idrus - AF laknatullah.
Dalam ni dia kata kalau lelaki menyanyi tu makruh untuk lagu-lagu semangat. So macam boleh dengar la kan lagu-lagu nih...
Jadi aku pun buat kesimpulan bahawasanya dengar lagu-lagu yang memberi semangat dan bersifat ketuhanan ini tak salah. Cuma makruh.

PENDAPAT KORANG????

Mungkin ada antara korang yang lebih mengetahui....berkongsilah..

Menghindari Bersendirian

Assalamualaikum...

Sebagai umat ISLAM... sesungguhnya gangguan yang paling besar yang sering menimpa manusia ialah gangguan jin, syaitan atau makhluk halus.
Allah s.w.t dan RasulNYA iaitu Nabi Muhammad s.a.w telah memperingatkan kita akan gangguan makhluk-makhluk ini.

Allah telah berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu, anggaplah ia musuh(mu) kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala"
(Fathir: 6)

Manakala Rasulullah s.a.w bersabda :

"Syaitan adalah serigala bagi manusia"

Sebagaimana yang ditulis di atas...syaitan adalah serigala bagi manusia. seperti yang kita ketahui, serigala biasanya akan makan kambing yang terpisah daripada kelompoknya. Demikianlah juga dengan syaitan, ia akan mengganggu manusia yang jauh dari JEMAAHnya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

Tetaplah berada dalam jemaah. Jangan sesekali berpecah -belah ! Sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian. Syaitan akan berada lebih jauh daripada orang yang berdua. Barangsiapa yang ingin menghirup aroma syurga, maka tetaplah dalam jemaah"

Rasulullah s.a.w bersabda :

 "Tidak ada tiga orang yang berada dalam perkampungan atau perjalanan kemudian mereka tidak mendirikan solat jemaah kecuali syaitan telah menguasai mereka. Oleh kerana itu,tetaplah dalam jemaah, sesungguhnya syaitan akan memangsa kambing yang terpisah daripada kelompoknya."

kesimpulannya...bersatu atau jemaah itu amat dituntut di dalam ISLAM kerana dengan bersatunya kita, maka akan kuatlah agama ISLAM di mata dunia. Bukannya saling menyakiti serta saling membunuh seagama. Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari apa yang kita telah baca di atas tadi
Yang baiknya datang dari ALLAH s.w.t dan kurang itu maafkanlah saya...

~petikan serta rujukan dari buku Zikir & Doa Penangkal Gangguan Jin & Syaitan (dipetik dari Al-Quran)