Thursday, 23 June 2011

Menghindari Bersendirian

Assalamualaikum...

Sebagai umat ISLAM... sesungguhnya gangguan yang paling besar yang sering menimpa manusia ialah gangguan jin, syaitan atau makhluk halus.
Allah s.w.t dan RasulNYA iaitu Nabi Muhammad s.a.w telah memperingatkan kita akan gangguan makhluk-makhluk ini.

Allah telah berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu, anggaplah ia musuh(mu) kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala"
(Fathir: 6)

Manakala Rasulullah s.a.w bersabda :

"Syaitan adalah serigala bagi manusia"

Sebagaimana yang ditulis di atas...syaitan adalah serigala bagi manusia. seperti yang kita ketahui, serigala biasanya akan makan kambing yang terpisah daripada kelompoknya. Demikianlah juga dengan syaitan, ia akan mengganggu manusia yang jauh dari JEMAAHnya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

Tetaplah berada dalam jemaah. Jangan sesekali berpecah -belah ! Sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian. Syaitan akan berada lebih jauh daripada orang yang berdua. Barangsiapa yang ingin menghirup aroma syurga, maka tetaplah dalam jemaah"

Rasulullah s.a.w bersabda :

 "Tidak ada tiga orang yang berada dalam perkampungan atau perjalanan kemudian mereka tidak mendirikan solat jemaah kecuali syaitan telah menguasai mereka. Oleh kerana itu,tetaplah dalam jemaah, sesungguhnya syaitan akan memangsa kambing yang terpisah daripada kelompoknya."

kesimpulannya...bersatu atau jemaah itu amat dituntut di dalam ISLAM kerana dengan bersatunya kita, maka akan kuatlah agama ISLAM di mata dunia. Bukannya saling menyakiti serta saling membunuh seagama. Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari apa yang kita telah baca di atas tadi
Yang baiknya datang dari ALLAH s.w.t dan kurang itu maafkanlah saya...

~petikan serta rujukan dari buku Zikir & Doa Penangkal Gangguan Jin & Syaitan (dipetik dari Al-Quran)

No comments:

Post a Comment