Pergaduhan dalam persahabatan sering terjadi kerana kita semua dilahirkan berbeza dan mempunyai pemikiran dan tingkahlaku yang berlainan.
Kita sering mendengar perbualan seperti ini :
"Kau gaduh ngan dia ke? dah berapa hari? Kau tau tak kalau kau gaduh pastu tak bercakap dengan dia lebih tiga hari dosa tau"..dan mula la kita cuak. Betulkan?
Bergaduh sehingga tidak bercakap ketika bertemu merupakan suatu kesalahan. Nak tau kenapa? ? ?
Perkara sebegini sering berlaku dalam kalangan wanita bukan? Sememangnya wanita ini dikurniakan dengan perasaan sensitif yang amat tinggi. Mereka berhati lembut di mana mereka terlalu mudah tersentuh hati. Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan wanita untuk memulaukan temannya dan berdiam diri atau bertengkar dalam jangka waktu yang lama tanpa tujuan dan niat yang jelas serta ada juga yang bertujuan untuk membalas dendam serta menunjukkan kesombongannya.
Sebelum ini saya ada menulis tentang 'Menghindari Bersendirian' dimana kita disuruh berjemaah atau bersatu. Sikap seperti ini merupakan muslihat Iblis Laknatullah yang sengaja ingin memutuskan dan menimbulkan pertikaian di antara saudara Islam itu sendiri.
Maka hukum dalam Islam terhadap perkara ini amat jelas dan tegas sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a dengan hadis marfu' :
"Tidak dihalalkan bagi seseorang muslim mengasingkan saudaranya lebih daripada tiga hari, maka barangsiapa yang mengasingkannya lebih dari tiga hari lalu dia mati, maka dia akan masuk ke neraka.
Diriwayatkan pula daripada Abu Khurasy Al-Aslami r.a secara marfu',
"Barangsiapa yang mengasingkan saudaranya selama satu tahun maka dia seperti menumpahkan darah"
Juga diriwayatkan oleh Abu Ayyub secara marfu :
"Tidak dihalalkan bagi seseorang lelaki yang mengasingkan saudaranya lebih dari tiga malam ketika mereka saling bertemu, salah seorang memaparkan yang ini dan yang lain mamaparkan itu. Sebaik-baik perbuatan bagi keduanya adalah dengan memberi salam.
Di antara pengaruh terputusnya hubungan di anatara sesama muslim ialah :
1. Dijauhkan daripada keampunan Allah s.w.t.
2. Syaitan bergembira dengan terputusnya hubungan itu.
3. Terjadinya pertikaian. iri hati dan dengki.
4. Menimbulkan ghibah dan aduan.
5. Timbul ketidaktaqwaan dirinya kepada ALLAH s.w.t.
rujukan ~ 290 Nasihat untuk Muslimah
*Aku?? Bukan baik sangat pun. Sekarang ni pun masa tengah menulis ni, aku agak ada lah tiga orang terasa dengan aku. Yang sorang tu kompem ramai yang tau aku tengah angin dengan dia. Bila baca buku memang terasa atas muka gak la. Nak minta maaf ke tak? Erm...sebenarnya aku da minta maaf openly kat FB. Tapi tak tenang sebab tak mintak maaf sendiri atau biarkan sebab aku bukan fikir sangat pun........macam mana yer???
No comments:
Post a Comment