Aisyah r.a meninggalkan suatu jasa yang besar kepada kaum wanita. Beliau membuktikan bahawasanya hijab itu bukanlah satu halangan bagi kaum wanita Islam dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka baik dalam bidang dakwah, pendidikan, mahupun dalam bidang sosial serta politik. Ini adalah pemberian Aisyah r.a yang paling besar dan mahal nilainya kepada kita kaum wanita.
Sesungguhnya, kehidupan Aisyah r.a adalah contoh yang paling sempurna dan bukti betapa indahnya Islam dalam memertabatkan kehormatan wanita. Syariat Islam sememangnya meletakkan kedudukan wanita di tempat yang tinggi. Islam memulakan proses memartabatkan wanita dari puncak tertinggi yang pernah dicapai oleh tamadun lain. Kaum wanita dalam Islam seperti Khadijah isteri baginda, Nabi Muhammad s.a.w dan Asiyah isteri Firaun mendapat status yang tidak pernah diimpikan.
Aisyah r.a juga menjadi tempat para wanita selalu menyampaikan masalah mereka dan melaluinya jugalah masalah itu akan disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika mereka ditindas ataupun diaiaya Aisyahlah tempat mereka mengadu isi hati. Satu sifat terpuji Aisyah r.a ialah beliau selalu membela, membantu dan memperjuangkan hak-hak mereka pada setiap kesempatan. Namun, beliau tidak pernah meminta yang lebih seperti wanita Islam pada zaman kini yang semakin taksub meminta hak kesamarataan dengan membandingkan diri mereka dan para lelaki di luar sana.
Wahai wanita-wanita yang kini sudah taksub dengan ideologi barat yang memperjuangkan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita, bertaubatlah! Sesungguhnya kita adalah wanita yang datangnya dari tulang rusuk lelaki saat dia sedang tidur. Kita adalah tulang belakang para lelaki. Kita mampu mengongcangkan dunia hanya dengan tangan yang mengayunkan buaian itu. Tapi tidak perlulah sehingga mahu setanding dengan lelaki kerana berjayanya seorang pemimpin itu datangnya dari restu seorang ibu yang bernama wanita.
Mungkin sahabat pernah terbaca nukilan yang di 'share' melalui facebook. Cerita mengenai pertanyaan seorang kafir mengenai hak wanita Islam dalam bersalam dengan bukan muhrim. Kisahnya yang masih saya ingat dan diolah mengikut peringatan saya ialah apabila seorang bukan Islam yang bertanya pada seorang lelaki Islam mengenai larangan seorang wanita Islam dalam berjabat tangan dengan lelaki. Maka disoalnya lelaki Islam itu "Adakah kamu pernah bersalam dengan Ratu Elizebeth kamu?" dan lelaki kafir itu menjawab,"Tidak, kerana dia seorang Permaisuri dan kedudukannya amat tinggi.". Maka dijawab oleh lelaki Islam itu, "Begitulah kedudukan wanita-wanita kami, mereka bahkan lebih tinggi kedudukannya sehingga mereka tidak boleh bersentuhan dengan bukan muhrim".
MasyaAllah, Allah yang Maha Agung, betapa tingginya kedudukan kita sebagai para wanita Islam. Di mana Allah telah menunjukkan kita serta memberi contoh yang terbaik serta hebat iaitu Aisyah r.a seorang. Bersyukurkah kerana kita dikurniakan sebagai seorang wanita kerana dengan hanya empat perkara syurga menanti kita...
sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."
No comments:
Post a Comment