Jangan mencaci Demam
Jabir melaporkan , Rasulullah masuk berjumpa Ummu Saib atau Ummu Musayyab.
Baginda bertanya, "Mengapa puan menggigil, wahai Ummu Saib?".
Lalu jawab Ummu Saib, "Demam. Semoga Allah tidak memberi kebaikan kepadanya!"
Rasulullah pun berkata, "Puan jangan mencaci demam kerana demam dapat menghapuskan kesalahan manusia,sama seperti relau dapat menghilangkan karat besi.
~Direkodkan oleh Muslim~
Jangan mencaci Angin
Abu Munzir, nama sebenarnya ialah Ubai bin Kaab melaporkan,
Rasulullah pernah berkata, "Saudara-saudara jangan memaki angin. Apabila saudara melihat perkara yang saudara tidak senangi, berdoalah, "Ya Allah! Kami memohon perkara baik daripada angin ini, apa yang ada padanya dan apa yang diperintahkan kepadanya. Dan kami mohon berlindung denganmu daripada perkara buruk daripada angin ini,apa yang ada padanya dan apa yang diperintahkan kepadanya."
~Direkodkan oleh Tirmizi
Abu Hurairah melaporkan, "Saya mendengar Rasulullah berkata,'Angin berasal daripada rahmat kasihan belas Allah s.w.t. Kadang-kadang ia datang membawa rahmat, kadang-kadang ia datang membawa seksaan, kadang-kadang ia datang membawa seksaan. Mintalah pada Allah perkara yang baik yang ada padanya, dan mintalah perlindungan Allah daripada perkara buruk yang ada padanya."
~Direkodkan oleh Abu Daud
Aisyah melaporkan,katanya " Biasanya apabila angin bertiup, Nabi Muhammad s.a.w, 'Ya Allah!aku memohon perkara yang baik daripada angin ini,perkara yang baik yang ada padanya dan perkara baik yang dikirimkan kepadanya. Ya Allah, aku mohon berlindung denganmu daripada perkara buruk daripada angin ini, apa yang ada padanya dan apa yang dikirimkan kepadanya.
Jangan Mencaci Ayam
Zaid bin Khalid al Juhani melaporkan katanya, Rasulullah pernah berkata, "Saudara-saudara jangan mencaci ayam jantan kerana ia mengejutkan orang supaya bangun sembahyang."
~Direkodkan oleh Abu Daud
~rujukan : Hidup Diredhai Tuhan
No comments:
Post a Comment