Sesungguhnya Aisyah dan Ali itu berperang bukanlah kerana keinginan mereka tapi kerana ingin menegakkan syiar Islam dan menjernihkan kekalutan. Namun fitnah yang dilemparkan oleh kaum musyrik membuatkan api peperangan tentera antara kedua belah pihak menyala tanpa arahan ketua mereka. Betapa hebatnya api fitnah yang mampu membuatkan tali persaudaraan antara orang-orang Islam tergugat. Aisyah r.a. menghabiskan sisa hidupnya menyesali atas keputusannya dalam memerangi Ali,menantunya sendiri iaitu suami kepada Fatimah anak pada Rasulullah. Aisyah r.a berpendapat bahawa dia tersalah memilih kaedah dalam memulihkan keadaan masyarakat pada masa itu. Semasa beliau hampir saja meninggal dunia, Aisyah pernah berkata
"Andai sahaja saya tidak diciptakan di atas muka bumi ini. Andai sahaja saya sebatang pohon yang bertasbih kepada Allah dan melaksanakan semua kewajipannya."
Dalam ath-Thabaqat al Kubra karya Ibnu Sa'ad dikisahkan Aisyah pernah berkata
Andai sahaja saya sebatang pohon. Andai sahaja saya segumpal tanah liat. Andai sahaja saya seketul batu."
Aisyah r.a pernah meninggalkan wasiat supaya beliau sendiri tidak dikebumikan bersama Nabi Muhammad s.a.w. Beliau meminta dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Baqi' bersama-sama isteri Nabi Muhammad yang lain. Bukhari mencatatkan kisah ini, "Aisyah berwasiat kepada Abdullah bin Zubair, "Janganlah kuburkan saya bersama mereka (kubur Nabi Muhammad s.a.w, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab). Kuburkan saya di Baqi' bersama sahabat-sahabatku. Saya sama sekali tidak layak mendapat kehormatan itu." Begitulah sekali kekesalan Aisyah r.a walaupun Aisyah pernah berkeinginan supaya beliau diekebumikan disisi suami tercinta, Nabi Muhammad dan ayahnya, Abu Bakar.
Mengikut catatan Bukhari, "Aisyah kemudian berkata, Setelah Nabi Muhammad meninggal dunia, saya sudah melakukan perkara baru (yang bertentangan dengan sunnagnya). Jadi, kuburkanlah saya di Baqi'."
Setiapkali Aisyah membaca ayat 33, surah Al-Ahzaab, "Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu . . .", beliau akan menangis teresak-esak hingga basah kain tudungnya. Walaupun beliau mendapat didikan dan asuhan secara langsung dari suami tercinta, Nabi Muhammad s.a.w, namun dia masih tidak terlepas dalam melakukan kesalahan. Tiada manusia yang semaksum para nabi. Beliau tetap menjadi contoh bagi umat Islam khususnya wanita. Beliau tetap teguh dan tegas dalam menegakkan agama Allah. Dalam kisahnya melalui Perang Jamal ini, saya dapat satu pengajaran, wanita itu hebat. Namun sehebat mana dan seluas mana pun penegtahuannya, wanita perlu diberi pertimbangan dalam memimpin sesuatu kuasa yang besar kerana sifat wanita itu lemah dan fitnah. Wanita itu tidak dinafikan dalam arus politik serta haknya sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad. Wanita boleh menjadi pemimpin tapi bukanlah dalam sesuatu hal yang boleh menimbulkan fitnah dan yang merangkumi hal yang besar. Aisyah merupakan wanita yang patut dicontohi sifatnya dalam menegakkan Islam.
No comments:
Post a Comment