Tuesday, 28 June 2011

Adab-adab Tidur

 Sesungguhnya kita adalah makhluk Allah yang perlukan rehat yang secukupnya. Oleh itu telah dijadikan malam untuk beristirehat manakala siang untuk mencari rezeki. Rehat yang secukupnya membantu menormalkan kembali keadaan dalaman tubuh badan. Rehat yang cukup juga membantu tubuh badan serta fikiran menjadi lebih segar sesudah bangun dari tidur. Oleh itu, marilah kita sama-sam berkongsi amalan-amalan serta sifat tidur Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w nabi junjungan kita semua.
Adab-adab tidur
1. Jadikan tidur sebagai ibadah
~Allah s.w.t berfirman
“Dan kami jadikan tidurmu untuk rehat”
(An Naba’ : 9)

2. Larangan tidur selepas subuh
Waktu subuh ialah waktu pembahagian rezaki.

3. Tidur di awal malam
Rasullullah tidur di awal malam dan bangun satu pertiga malam

4. Makruh tidur sebelum Isya’ dan bercakap setelahnya

5. Menutup pintu, mematikan api dan lampu

6. Menutup tempat makanan dan minuman

7. Berwudhuk

8. Mengibas tempat tidur

9. Solat witir sebelum tidur

10. Dilarangan tidur dalam satu selimut sesama jantina

11. Jangan tidur di atas rumah yang tiada penghalang atau penutup

12. Menjaga aurat ketika tidur

13. Tidur dengan berbaring ke sisi kanan

14. Makruh tidur dengan meniarap

15. Dilarang meletakkan kaki di atas kaki yang lain

16. Membaca ayat Al-Quran ketika tidur
a. membaca ayat kursi
b. membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas
c. membaca dua ayat terakhir daripada surah Al-Baqarah
d. membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajadah

17. Membaca doa sebelum tidur
"Ya Allah, dengan menyebut namaMU aku mati dan hidup"

18. Apa yang harus dilakukan jika bermimpi
a. Apabila bermimpi baik maka hendaklah memuji Allah dan menceritakannya kepada orang  yang menyukai
b. Jika bermimpi buruk, maka hendaklah memohon perlindungan dari Allah dan kemudian meludah ke kiri sebanyak 3 kali dan berpindah tempat tidur,solat 2 rakaat dan janganlah pula menceritakan kepada sesiapapun

19. Bermimpi basah
Maka wajib baginya mandi 

20. Berdoa ketika membalikkan tubuh ketika tidur malam

21. Doa ketika bangun tidur

22. Perkara-perkara yang dilakukan ketika bangun dari tidur
 a. mengusap bekas tidur yang ada diwajahnya mahupun di tangannya
b. membersihkan mulut dengan bersiwak
c. beristintsar iaitu mengeluarkan atau menyempurnakan air dari hidungnya sesudah menghirupnya.
d. mencuci tangan tiga kali

Monday, 27 June 2011

PadaMU Ku Bersujud

Ku menatap dalam gelap
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah


Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah



Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa


Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan kurnia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Sunday, 26 June 2011

Jangan Mencaci . . .

Jangan mencaci Demam

Jabir melaporkan , Rasulullah masuk berjumpa Ummu Saib atau Ummu Musayyab.
Baginda bertanya, "Mengapa puan menggigil, wahai Ummu Saib?". 
Lalu jawab Ummu Saib, "Demam. Semoga Allah tidak memberi kebaikan kepadanya!"
Rasulullah pun berkata, "Puan jangan mencaci demam kerana demam dapat menghapuskan kesalahan manusia,sama seperti relau dapat menghilangkan karat besi.
~Direkodkan oleh Muslim~


Jangan mencaci Angin

Abu Munzir, nama sebenarnya ialah Ubai bin Kaab melaporkan,
Rasulullah pernah berkata, "Saudara-saudara jangan memaki angin. Apabila saudara melihat perkara yang saudara tidak senangi, berdoalah, "Ya Allah! Kami memohon perkara baik daripada angin ini, apa yang ada padanya dan apa yang diperintahkan kepadanya. Dan kami mohon berlindung denganmu daripada perkara buruk daripada angin ini,apa yang ada padanya dan apa yang diperintahkan kepadanya."
~Direkodkan oleh Tirmizi

 

Abu Hurairah melaporkan, "Saya mendengar Rasulullah berkata,'Angin berasal daripada rahmat kasihan belas Allah s.w.t. Kadang-kadang ia datang membawa rahmat, kadang-kadang ia datang membawa seksaan, kadang-kadang ia datang membawa seksaan. Mintalah pada Allah perkara yang baik yang ada padanya, dan mintalah perlindungan Allah daripada perkara buruk yang ada padanya."
~Direkodkan oleh Abu Daud


Aisyah melaporkan,katanya " Biasanya apabila angin bertiup, Nabi Muhammad s.a.w, 'Ya Allah!aku memohon perkara yang baik daripada angin ini,perkara yang baik yang ada padanya dan perkara baik yang dikirimkan kepadanya. Ya Allah, aku mohon berlindung denganmu daripada perkara buruk daripada angin ini, apa yang ada padanya dan apa yang dikirimkan kepadanya.


Jangan Mencaci Ayam

Zaid bin Khalid al Juhani melaporkan katanya, Rasulullah pernah berkata, "Saudara-saudara jangan mencaci ayam jantan kerana ia mengejutkan orang supaya bangun sembahyang."
~Direkodkan oleh Abu Daud

  

~rujukan : Hidup Diredhai Tuhan

Saturday, 25 June 2011

Aisyah Ummul Mukminin~Wanita yang patut Dicontoh

Aisyah r.a meninggalkan suatu jasa yang besar kepada kaum wanita. Beliau membuktikan bahawasanya hijab itu bukanlah satu halangan bagi kaum wanita Islam dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka baik dalam bidang dakwah, pendidikan, mahupun dalam bidang sosial serta politik. Ini adalah pemberian Aisyah r.a yang paling besar dan mahal nilainya kepada kita kaum wanita.

Sesungguhnya, kehidupan Aisyah r.a adalah contoh yang paling sempurna dan bukti betapa indahnya Islam dalam memertabatkan kehormatan wanita. Syariat Islam sememangnya meletakkan kedudukan wanita di tempat yang tinggi. Islam memulakan proses memartabatkan wanita dari puncak tertinggi yang pernah dicapai oleh tamadun lain. Kaum wanita dalam Islam seperti Khadijah isteri baginda, Nabi Muhammad s.a.w dan Asiyah isteri Firaun mendapat status yang tidak pernah diimpikan. 

Aisyah r.a juga menjadi tempat para wanita selalu menyampaikan masalah mereka  dan melaluinya jugalah masalah itu akan disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika mereka ditindas ataupun diaiaya Aisyahlah tempat mereka mengadu isi hati. Satu sifat terpuji  Aisyah r.a ialah beliau selalu membela, membantu dan memperjuangkan hak-hak mereka pada setiap kesempatan. Namun, beliau tidak pernah meminta yang lebih seperti wanita Islam pada zaman kini yang semakin taksub meminta hak kesamarataan dengan membandingkan diri mereka dan para lelaki di luar sana. 

Wahai wanita-wanita yang kini sudah taksub dengan ideologi barat yang memperjuangkan hak kesamarataan antara lelaki dan wanita, bertaubatlah! Sesungguhnya kita adalah wanita yang datangnya dari tulang rusuk lelaki saat dia sedang tidur. Kita adalah tulang belakang para lelaki. Kita mampu mengongcangkan dunia hanya dengan tangan yang mengayunkan buaian itu. Tapi tidak perlulah sehingga mahu setanding dengan lelaki kerana berjayanya seorang pemimpin itu datangnya dari restu seorang ibu yang bernama wanita. 

Mungkin sahabat pernah terbaca nukilan yang di 'share' melalui facebook. Cerita mengenai pertanyaan seorang kafir mengenai hak wanita Islam dalam bersalam dengan bukan muhrim. Kisahnya yang masih saya ingat dan diolah mengikut peringatan saya ialah apabila seorang bukan Islam yang bertanya pada seorang lelaki Islam mengenai larangan seorang wanita Islam dalam berjabat  tangan dengan lelaki. Maka disoalnya lelaki Islam itu "Adakah kamu pernah bersalam dengan Ratu Elizebeth kamu?" dan lelaki kafir itu menjawab,"Tidak, kerana dia seorang Permaisuri dan kedudukannya amat tinggi.". Maka dijawab oleh lelaki Islam itu, "Begitulah kedudukan wanita-wanita kami, mereka bahkan lebih tinggi kedudukannya sehingga mereka tidak boleh bersentuhan dengan bukan muhrim".

MasyaAllah, Allah yang Maha Agung, betapa tingginya kedudukan kita sebagai para wanita Islam. Di mana Allah telah menunjukkan kita serta memberi contoh yang terbaik serta hebat iaitu Aisyah r.a seorang. Bersyukurkah kerana kita dikurniakan sebagai seorang wanita kerana dengan hanya empat perkara syurga menanti kita...

sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."


Friday, 24 June 2011

Aisyah Ummul Mukminin~Keanggunan Sejati

Aisyah dikenali dengan panggilan Ummul Mukminin, yang bererti ibu bagi seluruh orang Mukmin. Selain itu beliau juga digelar Ummu Abdillah iaitu ibu saudara Abdullah. Ada kisah yang menyebut nama timangannya adalah Humaira, yang bererti kemerah-merahan. Namun tiada bukti yang sahih menjelaskan perkara tersebut. 
Nabi Muhammad s.a.w pula lebih gemar memanggilnya dengan panggilan Bintus Siddiq bererti anak gadis lelaki yang berkata benar. Lelaki yang berkata benar itu merujuk kepada Abu Bakar As-Siddiq. Nama sebenar beliau ialah Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq bin Abu Quhafah bin Amir bin Umar. 
Terdapat beberapa peristiwa yang dijadikan panduan dalam mencari tahun kelahiran Aisyah. Aisyah r.a dilahirkan dalam bulan Syawal tahun kesembilan sebelum Hijrah iaitu penghujung tahun kelima selepas Nabi Muhammad s.a.w menjadi rasul. Aisyah lahir empat atau lima tahun selepas Nabi Muhammad s.a.w menjadi rasul.
Tanda-tanda kecerdasan Aisyah jelas kelihatan semenjak kecil lagi. Ia dapat dilihar dari tutur bahasa serta tingkahlakunya. Sejak kecil lagi beliau sudah mula menampakkan sifat-sifat yang terpuji serta kepintaran akal.
Seperti kanak-kanak yang lain, beliau juga gemar bermain bersama-sama rakan-rakannya yang datang ke rumahnya. Tetapi beliau amat menjaga perlakuannya terutama apabila Nabi Muhammad s.a.w mengunjunginya, beliau akan segera mengemas barang mainannya. Dalam masa yang sama kawan-kawannya juga akan menghilang. Namun sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w yang sayangkan kanak-kanak, memanggil dan menyuruh mereka bermain kembali.
Aisyah menunjukkan kecerdikan serta pengetahuannya berkenaan agama walaupun beliau masih muda. Jika kanak-kanak sebayanya sudah tentu tidak menghiraukan keadaan sekeliling mereka. Tetapi Aisyah bukanlah kanak-kanak biasa, beliau mempunyai daya ingatan yang tajam dan kuat serta peka.
Keistimewaan Aisyah r.a ialah beliau dapat mengingati hadis-hadis yang pernah disebut Nabi Muhammad s.a.w dan memahami setiap darinya serta mampu menerangkan perbuatan atau perkataan beliau dengan terperinci. Aisyah r.a juga mampu menjelaskan rahsia di sebalik peristiwa yang dialaminya semasa beliau masih kecil. Lebih menakjubkan, Aisyah r.a mampu menghafal ayat Quran walaupun beliau hanya mendengar bacaan itu sepintas lalu iaitu ketika beliau sedang bermain.
Semasa Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah, Aisyah r.a baru berusia lapan tahun. Walaupun demikian, beliau dapat mengingati serta memahami semua rahsia hijrah itu secara terperinci. Kata-kata Aisyah r.a berkenaan peristiwa hijrah ada tertulis di dalam buku Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Betapa hebatnya kuasa Maha Pencipta yang mencipta makhluk manusia bernama Aisyah r.a yang penuh dengan kelebihan yang patut dicontohi oleh wanita-wanita Islam. Sejak dari kecil lagi beliau telah menunjukkan kemuliaannya. Semoga kisah Ummul Mukminin ini dapat dicontohi oleh wanita-wanita Islam di luar sana.Semoga dengan sedikit mukadimah mengenai Aisyah r.a ini mampu memberikan kita semangat untuk lebih mengenali ibu bagi seluruh orang mukmin.
Wallahualam. Yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan ilmunya, dan yang kurang atau salah itu adalah milik saya hambanya kurang ilmunya.

Bergaduh Melebihi Tiga Hari

Assalamualaikum....

Pergaduhan dalam persahabatan sering terjadi kerana kita semua dilahirkan berbeza dan mempunyai pemikiran dan tingkahlaku yang berlainan.
Kita sering mendengar perbualan seperti ini :

"Kau gaduh ngan dia ke? dah berapa hari? Kau tau tak kalau kau gaduh pastu tak bercakap dengan dia lebih tiga hari dosa tau"..dan mula la kita cuak. Betulkan?

Bergaduh sehingga tidak bercakap ketika bertemu merupakan suatu kesalahan. Nak tau kenapa? ? ?

Perkara sebegini sering berlaku dalam kalangan wanita bukan? Sememangnya wanita ini dikurniakan dengan perasaan sensitif yang amat tinggi. Mereka berhati lembut di mana mereka terlalu mudah tersentuh hati. Sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan wanita untuk memulaukan temannya dan berdiam diri atau bertengkar dalam jangka waktu yang lama tanpa tujuan dan niat yang jelas serta ada juga yang bertujuan untuk membalas dendam serta menunjukkan kesombongannya. 

Sebelum ini saya ada menulis tentang 'Menghindari Bersendirian' dimana kita disuruh berjemaah atau bersatu. Sikap seperti ini merupakan muslihat Iblis Laknatullah yang sengaja ingin memutuskan dan menimbulkan pertikaian di antara saudara Islam itu sendiri.

Maka hukum dalam Islam  terhadap perkara ini amat jelas dan tegas sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a dengan hadis marfu' :

"Tidak dihalalkan bagi seseorang muslim mengasingkan saudaranya lebih daripada tiga hari, maka barangsiapa yang mengasingkannya lebih dari tiga hari lalu dia mati, maka dia akan masuk ke neraka.

Diriwayatkan pula daripada Abu Khurasy Al-Aslami r.a secara marfu', 

"Barangsiapa yang mengasingkan saudaranya selama satu tahun maka dia seperti menumpahkan darah"

Juga diriwayatkan oleh Abu Ayyub secara marfu :

"Tidak dihalalkan bagi seseorang lelaki yang mengasingkan saudaranya lebih dari tiga malam ketika mereka saling bertemu, salah seorang memaparkan yang ini dan yang lain mamaparkan itu. Sebaik-baik perbuatan bagi keduanya adalah dengan memberi salam.

Di antara pengaruh terputusnya hubungan di anatara sesama muslim ialah :
1. Dijauhkan daripada keampunan Allah s.w.t.
2. Syaitan bergembira dengan terputusnya hubungan itu.
3. Terjadinya pertikaian. iri hati dan dengki.
4. Menimbulkan ghibah dan aduan.
5. Timbul ketidaktaqwaan dirinya kepada ALLAH s.w.t.

rujukan ~ 290 Nasihat untuk Muslimah

*Aku?? Bukan baik sangat pun. Sekarang ni pun masa tengah menulis ni, aku agak ada lah tiga orang terasa dengan aku. Yang sorang tu kompem ramai yang tau aku tengah angin dengan dia. Bila baca buku memang terasa atas muka gak la. Nak minta maaf ke tak? Erm...sebenarnya aku da minta maaf openly kat FB. Tapi tak tenang sebab tak mintak maaf sendiri atau biarkan sebab aku bukan fikir sangat pun........macam mana yer???

Thursday, 23 June 2011

Naskah Buat Imamku

Assalamualaikum . . .

pertama sekali mesti la nak yang .......................


berkerjaya

hidup zaman sekarang ni memerlukan banyak duit.bukan bermakna kami ni wanita materialistik.
kami wanita berfikiran jauh. bayangkan kalau dah kawen nak beli rumah lagi, nak bayar kereta lagi. bila da dapat anak lagi lah..susu?makanan?pakaian?upah pengasuh? belanja rumah.
tapi awak jangan risau saya akan tolong awak. saya pun kerja jugakkan?nanti kita kongsi la apa yang patut. rumahtanggakan suatu perkongsian. cuma saya nak awak berkerja...

kedua ialah .................................

kalau lah awak selalu tolong saya macam nih...ringan la sikit beban saya..
sekali-sekala teringin jugak saya merasa masakan awak.
awak jangan risau saya takkan komen pun...
jika masakan awak masin....saya akan senyum jer
sebab saya lebih rela masin daripada awak memberi HEMPEDU yang pahit.

yang paling penting.............................................

awak mestilah beriman...sebab saya nak awak menjadi IMAM di mahligai kita nanti.
saya nak awak bimbing saya.perbaiki diri saya...saya ni lemah.saya perlukan awak untuk sama-sama membina keluarga yang berlandaskan ISLAM. saya tidak kisah siapa awak..yang penting awak mampu untuk membimbing saya. Ini adalah ciri-ciri pertama yang saya akan cari dalam diri awak.Ingat tau!!


selain itu.........................................


bagi saya ini pun penting.sebab saya ni bukanlah sempurna.saya ada kekurangan.saya harap awak akan terima kekurangan saya ni dengan penuh sabar.kita kan nak hidup bersama sehingga Allah memanggil.saya minta awak bersabar bila....
1.sabar ye sayang bila saya mula berleter,
2.sabar ye sayang kalau rumah kita bersepah bila saya terlalu sibuk dengan kerjaya saya,
3. sabar ye sayang kalau saya buat awak tersinggung....jangan lupa maafkan saya sebab KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN AWAK
4.sabar ye sayang bila saya tak sempat nak melayan awak bila kita dah ada anak-anak nanti
5.sabar ye sayang jika suatu hari nanti saya mulai lupa terhadap awak....mungkin saya mula nyanyuk..tapi ingatlah cinta saya pada awak takkan pernah luput.Semoga Allah menyatukan kita kembali di SYURGA
6.sabar ye sayang,jangan terlalu lama menangis jika saya pergi dulu...cinta kita takkan pernah hilang..benih cinta kita ialah bukti anak-anak yang soleh dan solehah yang kita sama-sama didik..

yang ni pun mestilah...........................................................



awak mestilah tenang...nak tau kenapa??
1.sebab saya ni kan mudah marah-marah...bila pandang muka awak yang tenang tu,mesti saya malukan?tak jadilah nak marah-marah....nakal la saya ni kan?
2.bila saya balik kerja mestilah stresskan?kalau awak tenang,mestilah saya semangat nak balik rumah cepat-cepat sebab saya nak pandang muka awak.
3.yang paling penting..bila rumahtangga kita goyah...ketenangan awak sebagai ketua rumah akan memberi cahaya kepada saya dan bakal anak-anak kita kekuatan.
4.paling penting,jika saya yang pergi dulu,saya berharap wajah awak yang tenang itu mengiringi pemergian saya dengan penuh ketenangan


cukuplah tu...saya taknak lebih-lebih..sebab saya pun tahu awak juga manusia biasa...
Allah kan kurniakan awak dan saya dengan kelemahan dan kelebihan masing-masing...
jadi apa yang kurang tu sama-samalah kita tampung dengan segala kelebihan yang kita ada sebaik mungkin.
Hidup saling melengkapi itu adalah lebih baik kerana kita akan saling memerlukan. Syurga wanita itu terletak di bawah tapak kaki suaminya....
Manakala hidup penuh dengan kelebihan tanpa kekurangan terlalu cukup untuk membina perasaan ego dan sifat bersaing antara satu sama lain. Di mana akan timbul hak kesamarataan antara lelaki dan wanita....

nasihat dan kata-kata dari seseorang yang ingin saya kongsikan bersama....
 *untuk mendapatkan pasangan yang baik...kita perlu menjadi baik, terimalah pilihan orang baik-baik serta berkawanlah dengan orang yang baik-baik. sebelum itu,perlengkapkanlah diri kita untuk pasangan kita bukannya mengharapkan pasangan yang baik sedangkan kita..............

Wallahualam.......

Potong Kuku ketika Haid

Assalamualaikum ....

Isu ini sering kita dengarkan?
Erm..macam aku ni, tak kesah la masa tu haid ke suci ke aku tetap potong kuku..
nak tau kenapa? sebab masa sekolah menengah dulu aku pernah tanya ustazah. soalan dia lebih kurang macam ni la
aku : "Ustazah, kalau kita potong kuku masa datang haid berdosa tak?"
ustazah : "Apa perbuatan yang tak leh buat masa datang haid yang awak belajar?" ambik kau..ustazah soal balik...

Apa rasa-rasanya jawapan korang?

Dari apa yang aku belajar masa sekolah menengah dulu ...
1.Tak sah puasa
2.Tak sah solat
3.Haram bersetubuh
4.tak boleh sentuh Al-Quran

tak ada pula terlintas yang mengharamkan potong kuku...

Jadi aku buat la research ...kat dalam internet.ni salah satu yang aku jumpa
~haid~

Selain itu, aku cuba tengok-tengok video daripada penceramah yang dikenali ramai
~Potong Kuku Semasa Haid - Ustaz Azhar Idrus~

Jadi...kesimpulannya, potong kuku itu bukan HARAM cuma makruh jika kita berpegang pada ulama' yang mengatakan makruh dan boleh kerana tiada nas yang sahih

Wallahualam...

Yang baik itu datangnya darinya dari Allah pemilik segala ilmu..dan yang kurang itu adalah aku..

Muzik & Lagu

Assalamualaikum . . .

aku bukanlah insan yang sempurna, namun dengan sedikit ilmu hasil pembacaanku, ingin sekali aku berkongsi dengan kalian.

~Zikir & Doa Penangkal Gangguan Jin & Syaitan (Jamaluddin Ibrahim Mydin)

Dari buku ini...aku membaca satu bahagian di mana aku ingin berkongsi.
Tajuknya : Berhenti Mendengar Muzik dan Lagu.
~ petikan : 
Muzik dan lagu-lagu adalah seruling syaitan yang melalaikan manusia daripada menngingati atau berzikir kepada Allah s.w.t. Muzik dan lagu-lagu adalah "permainan" dan azimatnya iblis. Jika kita mahu memerhatikan keadaan orang-orang yang terkena gangguan jin, kebanyakan mereka tenggelam dalam kemiskinan ini.

Namun aku pasti,korang semua termasuklah aku sendiri tergolong dalam golongan yang suka dengar lagukan? 
Tapi aku hanya suka lagu-lagu semangat dan ketuhanan (Maher Zain) . Tapi takdelah sampai aku nak dengar lepas tu sampai hafal-hafal. Aku just dengar pun sekadar nak bagi naik semangat dan bagi keinsafan kat aku yang banyak buat dosa nih. Papepun alasan aku...aku tetap dengar lagukan? tula,aku bukannya sempurna sangat pun. Lagipun,bagi aku dengan berlambaknya lagu-lagu kat radio atau kat mana-mana la pun membuatkan agak susah untuk kita semua melarikan diri dari dengar lagu-lagu kan?
Apalah jalan penyelesaian ek?

Tapi hari tu,aku ada dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam youtube ustaz azhar idrus - AF laknatullah.
Dalam ni dia kata kalau lelaki menyanyi tu makruh untuk lagu-lagu semangat. So macam boleh dengar la kan lagu-lagu nih...
Jadi aku pun buat kesimpulan bahawasanya dengar lagu-lagu yang memberi semangat dan bersifat ketuhanan ini tak salah. Cuma makruh.

PENDAPAT KORANG????

Mungkin ada antara korang yang lebih mengetahui....berkongsilah..

Menghindari Bersendirian

Assalamualaikum...

Sebagai umat ISLAM... sesungguhnya gangguan yang paling besar yang sering menimpa manusia ialah gangguan jin, syaitan atau makhluk halus.
Allah s.w.t dan RasulNYA iaitu Nabi Muhammad s.a.w telah memperingatkan kita akan gangguan makhluk-makhluk ini.

Allah telah berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu, anggaplah ia musuh(mu) kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala"
(Fathir: 6)

Manakala Rasulullah s.a.w bersabda :

"Syaitan adalah serigala bagi manusia"

Sebagaimana yang ditulis di atas...syaitan adalah serigala bagi manusia. seperti yang kita ketahui, serigala biasanya akan makan kambing yang terpisah daripada kelompoknya. Demikianlah juga dengan syaitan, ia akan mengganggu manusia yang jauh dari JEMAAHnya.

Rasulullah s.a.w bersabda :

Tetaplah berada dalam jemaah. Jangan sesekali berpecah -belah ! Sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian. Syaitan akan berada lebih jauh daripada orang yang berdua. Barangsiapa yang ingin menghirup aroma syurga, maka tetaplah dalam jemaah"

Rasulullah s.a.w bersabda :

 "Tidak ada tiga orang yang berada dalam perkampungan atau perjalanan kemudian mereka tidak mendirikan solat jemaah kecuali syaitan telah menguasai mereka. Oleh kerana itu,tetaplah dalam jemaah, sesungguhnya syaitan akan memangsa kambing yang terpisah daripada kelompoknya."

kesimpulannya...bersatu atau jemaah itu amat dituntut di dalam ISLAM kerana dengan bersatunya kita, maka akan kuatlah agama ISLAM di mata dunia. Bukannya saling menyakiti serta saling membunuh seagama. Sama-samalah kita mengambil pengajaran dari apa yang kita telah baca di atas tadi
Yang baiknya datang dari ALLAH s.w.t dan kurang itu maafkanlah saya...

~petikan serta rujukan dari buku Zikir & Doa Penangkal Gangguan Jin & Syaitan (dipetik dari Al-Quran)