Sunday, 7 August 2011

Iftar . . .

Assalamualaikum . . .
Budaya berbuka bulan puasa . . .
Berbuka ataupun Iftar . . . cukup dinantikan oleh semua peringkat umur . . .
Hidangan yang hebat dan lazat yang dapat dijamah hanya pada bulan ramadhan menjadi kebanggaan . . .
Sungguh nikmat sekali . . .


hidangan yang pasti menjadi kegemaran

yang ini pasti membuatkan perut berkeroncong sebelum waktunya

Tapi pernahkah kita terfikir, apakah ibadah puasa yang dilaksanakan diterima oleh ALLAH s.w.t seperti perut kita menerima terjahan lauk-pauk yang mewah ini ??
Seringkali kita terlupa barangkali, saya juga kadang-kadang terlupa akan hal yang paling penting ini . . .
Penerimaan Allah . . . ! ! ! 
Apabila azan berkumandang . . . maka dengan lahaplah kita meneguk air dan menjamah nasi, kadang-kadang hingga terlupa untuk memulakan berbuka dengan sebiji kurma . . . mahupun doa makan . . .
Lauk pauk yang terhidang pelbagai jenis melenyapkan sunah Nabi Muhammad s.a.w . . .
Apakah bulan ramadhan itu suatu pesta makanan?

Belah dada tanyalah akal 
atau
Tepuk dada tanyalah iman

?????????

Sedangkan Nabi Muhamaad berbuka hanya dengan air putih dan beberapa biji kurma . . .
Mengapa kita tidak mampu ??? 
Ibu bapa pada hari ini ghairah membeli lauk pauk, tidak kurang juga yang memasak pelbagai jenis lauk mengikut setiap citarasa setiap ahli keluarga, sehinggakan terhidang lebih daripada yang perlu. 
Alasan yang paling klise 

"Bukan selalu pun ajar anak berpuasa, biarlah sebagai ganjaran untuk mereka"

Saya sebagai hamba Allah yang kerdil tidak mengatakan salah dalam hal ini, cuma tindakan para ibu bapa itu agak keterlaluan. Ibadah puasa mengajar kita untuk bersabar dan bersederhana. Malah mendidik kita agar menghargai nikmat ALLAH s.w.t . . .
Walaupun saya bukan seorang ibu, namun saya puteri tunggal yang bertanggungjawab dalam urusan berbuka serta bersahur adik dan abang. Situasi berbuka dengan pelbagai jenis lauk pauk yang banyak sudah menjadi tradisi sejak dulu lagi. Namun tahun ini, saya cuba melakukan sedikit demi sedikit perubahan . . . cuba menghadkan lauk pauk kepada 2 atau 3 jenis sahaja. Mungkin hanya kerana kami hanya bertiga tapi itu bukan masalah kerana apabila ibu dan adik menghadirkan diri beriftar atau bersahur bersama, cara yang sama tetap aku laksanakan cuma kuantiti lauknya bertambah bukan jenis lauknya. Alhamdulillah, pembaziran dapat diatasi serta perut tidak terlalu kenyang untuk ibadah seterusnya. Berbuka puasa juga merupakan ibadah. Permulaan ibadah bagi setiap hari baru dalam bulan ramadhan. Tidak salah jika berjenis-jenis lauk pauk dihidangkan dan tiada pembaziran yang berlaku, cukup dengan jumlah ahli. 
Namun akan lari sedikit matlamat berpuasa itu, puasa adalah untuk membersihkan dan memberi peluang kepada organ-organ yang terlibat dalam proses pencernaan berehat, bukan menyeksa mereka. Puasa juga adalah untuk memuhasabahkan diri dalam mensyukuri nikmat ALLAH s.w.t, sesungguhnya ramai lagi umat Islam lain yang diuji dengan kelaparan dan kesusahan. MasyaAllah mereka diberikan musibah namun hakikatnya mereka menerima nikmat pahala yang kita tidak tahu. Wallahualam. Sedangkan saat kita diberikan nikmat berbuka puasa dengan mewah, sehingga berlakunya pembaziran, jika tiada pembaziran Alhamdulillah, apatahlagi dengan kekenyangan yang dirasai membuatkan kita terlupa mensyukuri nikmat Allah itu, walaupun hanya sekadar mengucapkan 'Alhamdulillah'. Sudah pasti Allah yang memberikan Maha Memberi nikmat itu sedih dengan kekufuran kecil kita ini. Namun Allah tetap menyayangi kita dengan terus menerus mengurniakan nikmatnya setiap kali tiba waktunya berbuka puasa. Allahuakhbar, apakah ibadah berbuka kita perlu diisi dengan nikmat yang kita pilih bukan untuk mendapatkan pahala dan kebaikan.
SUNGGUH KASIH SAYANG ALLAH S.W.T ITU MELEBIHI KEBENCIANNYA PADA SETIAP HAMBANYA !!!
Berpada-padalah dalam berbuka, sungguh kita mengetahui apa yang zahirnya terbaik buat orang yang kita sayang, namun Allah lebih mengetahui apa yang zahir dan batinnya terbaik buat setiap hambaNYA

*sesungguhnya agak sukar untuk memasang niat dengan hati yang tulus melakukan sesuatu demi ALLAH s.w.t, berbanding dengan mengatakan dengan lidah . . . cara terbaik untuk mengikhlaskan niat kerana ALLAH ialah muhasabah diri sebelum melakukan sesuatu. 
~Mengapa aku berbuka puasa? Demi Allah aku berbuka kerana ibadahku hanya untukMU~
InsyaAllah, Wallahualam